Pada hari Selasa 8hb April lepas, Microsoft mengemaskini keselamatan untuk Windows XP buat kali terakhir…
Ini bermakna sokongan untuk Windows XP sudah tamat.
Bagi anda yang masih perlu menggunakan Windows XP, ada beberapa langkah yang elok anda ambil.
Untuk makluman kita semua, hampir 30% komputer yang mengakses internet adalah pengguna Windows XP!
Antara langkah yang perlu dipertimbangkan ialah:
- Jangan guna Internet Explorer. Internet Explorer terkini adalah versi 11 sedangkan hanya IE versi 8 sahaja yang boleh berfungsi pada XP. Anda boleh gunakan Google Chrome atau Firefox. Perlu diingat bahawa sokongan Chrome untuk XP pula akan berakhir pada tahun 2015!
- Jangan buka attachment pada e-mel yang anda terima dari orang yang anda tidak kenali ataupun e-mel dari kenalan anda namun anda tidak minta dia menghantarnya!
- Kemaskini aplikasi anda seperti Adobe Flash dan sebagainya.
- Pasang antivirus sekiranya anda belum pasang! 😛
- Jika perlu wujudkan Akaun Terhad ( Limited Account ) untuk menghalang aplikasi yang liar dipasang pada komputer anda tanpa pengetahuan anda.
Sumber: Chron
Advertisements