Mohon Maaf

Kepada para pembaca blog PakNik yg menghantar komen untuk bertanya tentang masalah software dan hardware…. Kepada anda semua PakNik mohon berbanyak maaf sebab tak sempat membalas kerana PakNik kerap keluar masuk wad…. 

Insya Allah jika keadaan kesihatan mengizinkan PakNik akan cuba membantu anda setakat pengetahuan yang ada

Sekali lagi harap maaf

Advertisements

Widget audio untuk blog WP anda

Untuk pengguna yang ingin membuat widget untuk audio, sila daftar di SoundCloud, muatnaik audio anda, save dan kemudian klik share dan seterusnya klik icon blog berkenaan untuk mendapatkan kodnya untuk di masukkan ke dalam blog anda.

SoundCloud menyokong format audio AIFF, WAVE, FLAC, OGG, MP2, MP3, AAC, AMR dan WMA.

Selamat mencuba…………. 😀

Perbandingan kos dan kelajuan broadband

Di negara kita, perkhidmatan internet yang menggunakan optik fiber menawarkan kelajuan yang agak memuaskan. Manakala perkhidmatan internet tanpa wayar yang agak mendapat sambutan ialah YES selain daripada P1 WiMax!

Unifi menawarkan 3 pakej iaitu VIP 5 pada harga RM149 bulanan dengan kelajuan 5 Mbps, VIP 10 pada harga RM199 bulanan dengan kelajuan 10 Mbps dan VIP 20 pada harga RM249 bulanan dengan kelajuan 20 Mbps.

Manakala Maxis Fiber Internet menawarkan kelajuan 10 Mbps dengan bayaran RM138 sebulan untuk pelanggan pasca bayar dan RM148 sebulan untuk pelanggan lain!

YES menawarkan pakej untuk pasca bayar bermula dari RM48 sebulan sehingga RM168 sebulan,

Untuk pakej P1 anda boleh lihat pada laman ini

Bagaimana agaknya perbandingan perkhidmatan jalur lebar kita berbanding dengan negara lain….?

Teruskan membaca

Senarai laman perkongsian fail yang sedang disiasat

-MegaUpload – Tutup!
– FileServe – Sedang dalam proses ditutup.
– FileJungle – Sedang delete kesemua fail. Disekat di US
– UploadStation – Disekat di US
– FileSonic – Sedang disiasat oleh FBI.
– VideoBB – Ditutup!
– Uploaded – Diharamkan di US dan pemiliknya kini menghilangkan diri!
– FilePost – Sedang delete kesemua fail kecuali .exe, pdf dan txt sahaja!
– Videoz – ditutup dan disekat di kesemua negara yang bekerjasama dengan US.
– 4shared – Sedang delete kesemua fail yang mempunyai masalah hakcipta. Sedang dalam proses disiasat oleh FBI.
– MediaFire – Akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa  90 hari dan akan bekerjasama dengan FBI
-Org torrent – mungkin lenyap terus dalam 30 hari dan  “sedang menghadapi siasatan jenayah”
– Network Share mIRC – menunggu keputusan sama ada hendak memadamkan kesemua fail atau terus beroperasi.
– Koshiki – masih beroperasi kerana Jepun tidak mendokong SOUP / PIPA
– Shienko Box – beroperasi kerana China / Korea tidak mendokong SOUP / PIPA
– ShareX BR – akan mendokong SOUP / PIPA!

Sumber: Pastebin