Google nak beli Whatsapp?

Update: Facebook sudah memiliki Whatsapp pada February lepas pada harga USD19 billion.

Google dikatakan telah berbincang dengan Whatsapp untuk membelinya dengan harga USD1 billion!

Google dikatakan telah menemui pihak Whatsapp sejak Disember tahun lepas lagi untuk berbincang tentang pembelian berkenaan namun diberitakan pihak Whatsapp masih mengambil sikap ‘jual mahal.’

Dilaporkan bahawa selain Google, Facebook juga menunjukkan minat yang sama untuk membeli Whatsapp.

Menurut appleinsider, Google berminat untuk memiliki Whatsapp bagi tujuan penyatuan perkhidmatan mesejnya sendiri seperti Google Talk, Google Voice dan Google Hangouts.

Sejak awal tahun ini sahaja sudah 18 billion mesej dihantar menggunakan Whatsapp!

Sumber: appleinsider/digital trend

Mengawal info peribadi pada Facebook

Pengguna Facebook memang ramai. Namun tidak ramai pengguna Facebook yang tahu menghadkan maklumat yang dipaparkan pada Facebook mereka.

Ada maklumat yang ingin dipaparkan kepada umum dan ada juga maklumat untuk tatapan golongan tertentu sahaja.

Kini terdapat panduan untuk anda menetapkan cara maklumat anda di Facebook dipaparkan….

Teruskan membaca