Masalah Lazim

  • Masalah shortcut desktop tidak berfungsi – sila lawati laman berikut dan muatturun fail registry yang berkaitan dengan masalah anda, Kebiasaannya pengguna perlu muatturun fail reg yang berjodol lnk sahaja sudah memadai
  • Masalah LCD/Monitor tidak ada paparan – ada beberapa kemungkinan. Pertama kad grafik anda sudah bermasalah. Kedua, iaitu bagi LCD kemungkinan screen inverter rosak jika anda masih dapat melihat tulisan atau ikon tetapi amat kabur. Ketiga, mungkin LCD itu sendiri sudah rosak. Untuk memastikan soal ketiga ini cuba pasang monitor lain pada laptop anda atau guna monitor lain pasang pada CPU anda.
  • Masalah folder tidak kelihatan dalam pendrive – Untuk menyelesaikan masalah ini anda perlu jalankan arahan ‘cmd’ pada kotak Run dan taip arahan berikut – attrib -s -h -r /s /d x:\*.* dan tekan Enter. Ganti x dengan drive untuk pendrive anda.
  • Masalah video tersekat-sekat. Jika anda mengalami masalah video tersekat ketika melawat laman YouTube misalnya, cuba klik kanan pada video berkenaan dan buang tanda pada kotak Enable Hardware Acceleration.
  • Masalah tidak dapat delete folder/file – Anda perlu muatturun zip file ini. Extract dan dwiklik InstallTakeOwnership.reg. Setelah itu klik kanan pada folder/file berkenaan dan pilih menu Take Ownership

46 comments on “Masalah Lazim

  1. salam hormat tuan. saya ada satu masalah. mohon tuan dapat selesaikan masalah saya. pada desktop kat laptop saya semua ikon bertukar menjadi ikon avira anti virus. apakah langkah2 utk saya kembali ikon2 tersebut pada asalnya? sekian terima kasih.

    • Wa alaikumus salam. Cuba pastikan adakah document yang anda download itu jenis apa? Jika ada akhiran .zip atau .rar anda perlu kembangkan terlebih dahulu menggunakan WinZip atau WinRAR

  2. Assalam… Pak Nik, saya ingin bertanya tentang mac book pro, baru bertukar ke os mac. dalam jangkamasa 1 tahun sangat baik. semalam guna kom sangat lambat, asik keluar arahan menunggu, arini bila tekan butang on keluar logo apple n arahan mmenunggu dan tak ada apa2 yg berlaku…sampai lama2 sangat x boleh masuk sys… saya blank x tahu apa nak buat mohon bantuan… data banyak dlm kom

  3. salam.,pak nik,sftware ape yang boleh download terus video dari youtube semasa kita tonton video tu.,sfware yang sesuai.,

    • @faiz: wa alaikumus salam

      External harddisk berkelip-kelip sebab lambat atau gagal dikesan oleh komputer. Tra wat tubik harddisk pahtu letak dalam komputer. Kalu detect maknanya mungkin casing demo bermasalah. Kalu kelip-kelip jugok bakali harddisk demo doh mula bronar!

  4. salam paknik. saya nak tanya. saya ada nak transfer/copy movie dari kawan saya ke external hard disk saya. h/disk saya masih ada space 80GB. tapi nak transfer file 7.85GB dia keluar error file too large not enough memory. macam mana saya nak buat.

    • @sue: wa alaikumus salam

      Untuk kepastian cuba transfer movie berkenaan ke harddisk pada komputer anda. Jika masalah berulang, mungkin storan kawan anda itu yang bermasalah. Jika berjaya transfer ke harddisk dalam komputer anda, mungkin masalahnya pada external harddisk anda.

    • @acer:

      Jika power adapter anda berfungsi dengan baik, kemungkinan suis on/off pada motherboard anda yang bermasalah. Perlu hantar kedai untuk baiki. Biasanya kos sekitar RM200

  5. Salam..pak nik,kenapa netbook 1malaysia sy,bila on stakat lmbang ‘walcome’ je lpas tu trsekat.tggu lama pun ttap sama..mcam mana nak atasi masalah ni pak nik.?

    • @iman: wa alaikumus salam

      Anda perlu imbas harddisk anda untuk kemungkinan wujud sektor rosak. Jika tiada sebarang sektor rosak, mungkin anda perlu install semula sistem operasinya

  6. pak nik, laptop saya mula2 langsung tak keluar apa kat screen bila sy on, htr repair brother tu service fan and tukar hard disk, window dari vista jd window 7. berapa hari lps tu sy on laptop, dia keluar sekejap compaq tiba2 dia gelap tp nampak byg2 kalau suluh, byk kali on off, lps tu dia hidup balik tp ada mcm prompt restore and auto repair and dia ada indicate window start up failure could be due to recent added hardware, restart ok je mcm biasa one whole day. then esok bukak balik keluar perkataan compaq, screen goyang2 atas..then gelap terus lgsung takde byg but button on masih menyala. Boleh tak pak nik explain agak2 apa mslhnya?

    • @hani:

      Dari apa yang anda nyatakan, kemungkinan besar masalah pada kad grafik anda. Sekadar tukar harddisk sahaja mungkin tidak dapat menyelesaikan masalah anda. Untuk kepastian cuba hubungkan cable monitor lain ke vga cable pada laptop anda. Jika tetap tiada paparan pada monitor berkenaan, kemungkinan besar masalah pada kad grafik anda. Jika ada paparan, kemungkinan masalahnya ialah dengan lcd anda.

  7. TOLONG!!!Gano nok upgrade window 7 ultimate 64-bit pergi ke window 8 64-bit…install gitu ko???kito nok beli cd window 8 64-bit..brapo hargo,,nok hok single league…..boleh ko pc kawe support window 8 64-BIT???

    ==>AMD A6-3600 QUAD CORE
    nVidia geforce gt 630 2 gb ddr3
    4 gb ddr3 1600MHz
    asus f1 a75
    hdd 500gb
    *gano boleh support dok???

    • @Mazlan:

      Boleh tu install Windows 8. Tapi molek jangan update tapi clean install Windows 8. Backup file-file dan data demo dulu lepas tu baru install Windows 8. Masa install tu pilih format drive hok demo nak install Windows 8.

      • tumpang tanya poknik. kalau pc kawe ni hak la ni guna Windows XP nak upgrade ke Windows 8 dgn cara download dari internet je boleh dak? kalau boleh lagu mane?

      • @annuar:

        Tak boleh upgrade kepada Windows 8 jika anda menggunakan Windows XP. Kaedah yang ada hanyalah clean install dimana kesemua data dan program anda akan dipadamkan. Oleh itu anda perlu backup kesemua data anda terlebih dahulu sebelum anda install Windows 8 menggunakan USB drive atau DVD.

    • @aril: wa alaikumus salam

      PakNik cadangkan anda pasang external hdd anda itu pada laptop/komputer lain. Jika external anda itu boleh dibaca pada laptop/komputer lain kemungkinan port usb pada laptop anda yang bermasalah. Jika pada laptop/komputer lain pun tak dapat dibaca ada dua kemungkinan. Sama ada casing external hdd anda sudah tidak dapat berfungsi dengan baik ataupun hdd anda itu yang sudah bermasalah. Untuk kepastian, pasang external anda pada lapotp/komputer lain dan jika tidak selesai masalah anda, cuba dapatkan external casing lain.

  8. saya nak bertanya cara atau mcmna nk buat gmbr background berbeza pada setiap folder..dulu ada jg sya tgk kawan punya laptop.mcm yg sya nk…tk salah sya ada perkataan layout.sya xpndai sgt pasal komputr ni.

  9. salam pak nik saya nak tanya kenapa saya punya laptop walaupun da on wifi line connected tapi bila masuk internet explorer , x bole connect .. jadi offline? mintak tolong paknik tq.

    • @ayu: wa alaikumus salam

      Guna IE tak boleh akses internet! Sudahkah anda cuba menggunakan pelayar lain seperti Google Chrome atau Firefox misalnya? Kalau guna pelayar lain pun masih tidak dapat akses, kemungkinan komputer anda sudah dijangkiti virus. Namun PakNik cadangkan anda cuba guna pelayar lain terlebih dahulu 😀

  10. salam.. nak tanya kenapa bila saya nak sent pic dari pc ke phone.. dia tak keluar pon simbol yg tulis send via bluetooth bila kita tekan right click..

    • @ain: wa alaikumus salam

      PakNik andaikan PC anda sudah ada bluetooth. Jika anda memiliki smartphone, apa kata anda email sahaja gambar berkenaan ke handphone anda…

  11. Salam🙂. saya nak tanya. Kadang2 bila saya buka youtube, laptop saya akan tertutup sendiri. saya tak atahu ape masalah nya. tolong saya🙂

    • @samir: wa alaikumus salam

      Terlebih dahulu PakNik mohon maaf kerana lambat untuk melayan soalan anda. Cuba pastikan anda sudah kemaskini Adobe Flash pada komputer anda

  12. pak nik .. nak minta tolong nie .. saya pnya laptop dpt connect internet , tp bila saya tkan jer google chrome ker , internet explorer ke , dia akn trus kluar banyak2 page kat muka laptop saya .. page tu bersusun sampai 3×2 kecil2 .. stiap page tu gelap cuma yang ada tinggal tmpt nak type laman web jer nampak … tolong yer paknik .. sangat2 berharap nie

  13. macamana nak masukkan ip address kt local internet connection,bila klik kt ipv 4/6,kemudian klik properties x keluar..properties jd blank….

  14. salam nik, naka tanya sikit, saya baru bertukar kepada macbook pro. masalah saya berkenaan dengan font arabic semasa menulis dlm word mc iaitu:

    1. font tu tak bersambung
    2. camne nak tuliskan hruf arab tu bermula dari kanan ke kiri

    terima kasih

    • @safri: wa alaikumus salam

      Sudahkah anda aktifkan susunatur untuk kekunci Arab? Jika sudah dan masih bermasalah, anda boleh cuba muatturun font arabic lain.

  15. salam pok nik..
    nak tanya nie…laptop saya ni …bila kita buka folder…contoh kita tekan file yang atas sekali…tp yg biru turun ke bawah…outomatik turun kebawah….or bile saya buka facebook or ape2 web…laptop nie akan scroll ke bawah….so agaknya ape solusinya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s