Muatturun

Bootable CD/DVD
Aplikasi Portable

Aplikasi Office

Kemaskini Fail (membuang fail-fail sementara seperti *.tmp, cache internet dan sebagainya )

Anti Virus ( Percuma )

Anti Spyware ( Percuma )

Perkakasan Anti Malware khusus

Defragmentasi ? 😀

Network

82 comments on “Muatturun

  1. aslmkm pak nik, saya sedang mencari aplikasi window outlook untuk backup calender n notes dari tel saye kekomputer tapi dah penat cari tak jumpa harap pak nik dapat tolong, terima kasih.

    • @Anuar: wassalamu alaikum

      Biasanya jika anda telah memasang MS Office, telah tersedia Outlook bersama. Cuba anda buat carian terlebih dahulu dalam komputer anda. Jika tiada, mungkin anda perlu memasang semula MS Office.

  2. Assalamualaikum poknik🙂 Nak tanya ni,boleh x bagi driver utk Laptops A42j series utk windows xp.Laptop kito jadi lembap xdop driver……………..Cd drive pulok hilang.

  3. salam pak nik….Saya ada laptop Acer Aspire 5740G sistem operasi windows 7 tetapi saya telah format dan ingin memasang windows xp. Masalah saya sekarang ssemua driver untuk xp tiada. Di mana saya boleh dpt drivernya

    • @Lesh: wa alaikumus salam.

      Laptop anda memang dibuat khusus untuk WIndows 7! Pada laman Ace hanya terdapat driver untuk Windows 7 sahaja.
      Anda boleh cuba membuat carian di DrivePack ataupun Anda membuat sendiri carian di internet untuk driver XP anda. Perkakasan laptop anda adalah seperti berikut:
      Intel Chipset Driver, v.9.1.1.1020, 2009/12/16/Huawei 3G Module Driver, v.2.0.3.827, 2009/12/16/Intel SATA AHCI Driver, v.8.9.0.1023, 2009/12/16
      Realtek Audio Driver, v.6.0.1.5969, 2009/12/16/Broadcom Bluetooth Driver, v.6.2.1.800, 2009/12/16/Alcor Card Reader Driver, v.1.0.12.50, 2009/12/16/Broadcom LAN Driver, v.12.2.2.2, 2009/12/16/LSI Modem Driver, v.2.2.98, 2009/12/16/Intel Other Drivers (iAMT), v.6.0.0.1179, 2009/12/16/ALPS Touchpad Driver, v.7.105.2015.1105, 2009/12/16/Synaptics Touchpad Driver, v.14.0.6.0, 2009/12/16
      Intel Turbo Boost Driver, v.01.00.01.1002, 2009/12/16/ATI VGA Driver, v.8.672.3.0, 2009/12/16/Intel VGA Driver, v.8.15.10.1995, 2009/12/16
      Atheros Wireless LAN Driver, v.8.0.0.225, 2009/12/16/Broadcom Wireless LAN Driver, v.5.60.18.8, 2009/12/16
      Intel Wireless LAN Driver, v.13.0.0.107, 2009/12/16

  4. hai sy nak tanye..knape sy laptop selalu keluar perkataan the program can’t start because program iertutil.dll is missing from your computer try reinstalling the program to fix this problem.bila sy buka mana-mana aplikasi.bagaimana untuk atasi masalah ini..

    • @bujal:

      iertutil.dll adalah fail utiliti run time untuk Internet Explorer. Sekiranya fail berkenaan bermasalah, anda mungkin tidak dapat tekan Start Menu atau menjalankan Windows explorer! Jika ia bermasalah cuba reinstall Internet Explorer anda!

  5. salam pak nik, kenapa komputer saya bila on jer dia asyik loading jer… tp buka safe mode boleh… bukak nomally tak boleh… jadi blank… knp yer?

    • @ermee: wa alaikumus salam.

      Boot Windows anda menggunakan Safe Mode. Jalankan arahan msconfig pada Run! Pada tab Startup pilih Disable All dan reboot Windows dan buat pilihan Start Windows Normally. Jika anda berjaya masuk ke Desktop, maknanya ada startup item anda yang menghalang Windows untuk loading dengan betul. Untuk mengenal pasti punca masalah, anda perlu Enable semula pada tab Startup dalam msconfig satu persatu sehingga anda ketahui punca masalah.

    • @abgsu:

      Jika IE anda masih berfungsi, anda boleh cuba reset sahaja. Jalankan IE, kemudian pilih menu Tools-Internet Options. Pada tetingkap Internet Options pilih tab Advanced dan tekan butang Reset pada pilihan Reset Internet Explorer settings. Bila keluar pengesahan, klik reset sekali lagi.
      Jika sudah tidak berfungsi, sila muatturun dan pasang semula. Anda bleh muatturun IE di sini.

    • @abewe:

      Dari statistik penggunaan Windows terkini bagi Windows 7 dan Windows XP, didapati pengguna Windows 7 kini sebanyak 44.7%, lebih ramai daripada pengguna Windows XP yang kini hanya sebanyak 33.4%. Kalau dilihat daripada statistik ini, lebih ramai yang menggemari Windows 7. Lagipun Microsoft akan hanya menyediakan ‘support’ untuk Windows XP setakat April 2014 sahaja!

  6. smekom pak nik..nak tanya kenapa di internet untuk netbook saye tak boleh tonton video di youtube atau dimana-mana video kat dalam internet..kat screen video.ade perkataan (missing plug-in).bagaimana untuk atasi masalah ini..masalah ni berlaku selepas saya scan komputer dengan (trojan remover) dan selalu terkeluar perkataan (the ordinal 685 could not be located in the dynamic lin library iertutill.dll) adakah saya patut format netbook saye.. trima kasih pak nik.

    • @rizal: wa alaikumus salam

      iertutil.dll merujuk kepada Internet Explorer Real Time Utility. Cuba muatturun di sini, simpan dalam USB drive anda. Pasang USB drive anda dan boot kepada Safe Mode with Command Prompt. Jika drive USB dipastikan contohnya sebagai G: maka taip pada command prompt copy G:\iertutil.dll c:\WINDOWS\system. Restart Komputer anda.

  7. smekom pak nik..boleh tak tolong terangkan langkah langkahnya..saya tak berapa faham lah..macam mana nak safe mode macam mana nak command prompt..macam mana pergi ke windows/system.boleh tak pak nik tolong.netbook saye windows 7 stater.pak nik tolong lah ajar satu per satu..saya baru je nak belajar menggunakan komputer..terima kasih..

    • @Rizal: wa alaikumus salam

      Untuk masuk ke Safe Mode, semasa komputer anda dimulakan anda perlu tekan kekunci F8 dan pilihan menu akan muncul. Di situ anda boleh dapati pilihan menu Safe Mode with Command Prompt. Biasanya ia adalah skrin hitam dan terpapar pada skrin itu C:\

    • @muhaimin:

      Kebanyakan Netbook kerap dipasang dengan Windows 7 Starter Edition. Jika anda ingin format Netbook anda, elok pasang semula Windows 7. Jika driver untuk WiFi anda sedia terpasang setelah memasang Windows 7, maka bolehlah anda terus menggunakan wireless connection!

  8. smekom pak nik..kalau saya hantar netbook saye ke kedai untuk format..selepas siap..boleh kah saya menggunakan wifi wireless kat rumah saya..ke kita perlu masukkan code wifi setiap kali nak guna internet.??

    • @pizul: wa alaikumus salam

      Jika anda sudah tetapkan katalaluan untuk wifi anda, anda biasanya cuma perlu masukkan sekali sahaja dengan syarat anda anda tick kotak untuk ingat katalaluan yang anda masukkan. Jika tidak setiap kali anda akses wifi anda perlu memasukkannya semula.

  9. salam pok nik..nak tanye kenapa line wifi kat rumah saye tak boleh sambung..line internet ada tapi..tak menjadi kat netbook..ada tulisan (unidentfied network) pada line di netbook..macm mane ye pok nik..

  10. Salam Pak Nik.. sy dahcuba muat turun flashplayer utk netbook saya banyak kali tapi gagal. saya window 7ultimate.Harap dibantu. tq.

  11. pak nik..kenapa line wifi di rumah sye..line internet ada tapi tak masuk kat netbook..kenapa pak nik..sy tengok kat general wifi line sent ade tpi yang received (0)..kenapa pak nik..

    • @minah:

      Biasanya error dalam Excel ialah error yang dikenali sebagai railroad track kerana bentuknya macam trek keretapi😀
      Biasanya untuk error berkenaan anda cuba perlu luaskan column!

  12. pak nik..kalau guna cable LAN boleh.tapi kalau smbung tanpa cable LAN tidak boleh..line ada kat netbook tapi tidak boleh sambung..ada tlisan (this computer currently has limited connectivity) apa masalah nye ye pak nik..harap pak nik..boleh bantu..

  13. pak nik,registry errors sebenarnya berpunca dari apa?saya dah cuba download ccleaner tu tapi tak dapat kenapa yee…?

  14. Assalam Pak Nik…
    Kenapa PC saya tak boleh sambung internet?? icon internet kat PC dah menunjukkan dah ada sambungan… bila tukar PC atau laptop lain, sambungan internet ok jer… adakah PC saya kena format atau setting internet tak betul??
    harap Pak Nik buleh bagi panduan deh!!!
    Maaf zahir Batin Dan Selamat Berpuasa..
    TQ

  15. konfius la…neetbook saya 32bit windows 7 ultimate…adakah windows niey punyai grafik kad?dan kenapa game selalu sangkut2…bagaimanakah atau cara yg dpt dilakukan untuk atasi masalah niey boss?

    • @Bard:

      Setiap komputer mesti ada kad grafik untuk membolehkan ada paparan. Cuba anda pastikan terlebih dahulu adakah netbook anda memenuhi syarat minima keperluan game berkenaan.

  16. salam.pak nik sya ada mslah ckit.sy ada netbook jenis acer.mslhnye license key windows 7 starter sy terkoyak.2 huruf@abjad dr blakang license key xada.mcamana ye nk dpt blik.2huruf@abjad je tu.ada x software len tuk nk dptkan blik kite py license key.ni tpaksa guna yg pirate py.cam ne ye

  17. Assalamualaikum..Pak Nik,Mcmmna nak install arabic font di windows xp tanpa Cd Master?Adakah boleh muaturun/guna windows Xp Fire 2011 untuk menginstall?

  18. salam.. saya nyer laptop asus a427j.. mmg xboleh pakai window xp ke?? autocad den xleh support window 8. sekali den format baru tau laptop tu hnya bule pakai window 7 ke ataih.. camne??

  19. salam pak nik. saya tukar dari windows 7 ke windows 8. problemnya bluetooth saya dah tak boleh guna lg slpas sy tukar windows ni. boleh paknik bgtahu tak ap puncanya. saya pakai toshiba satellite l745.😦

  20. assalamualaikum… saya tukar dari window 7 ke window 7 ultimate…slpas tukar bluetooth laptop saya xberfungsi.. boleh x Pak Nik tolong selesaikan masalah saya… saya pakai toshiba satellite c640…

    • @Kina: wa alaikumus salam

      Cuba remove dahulu driver untuk bluetooth, restart komputer anda dan install semula driver berkenaan jika Windows tidak reinstall secara otomatik

  21. salam pak nik
    kenapa notebook acer saya internet explore
    google..firefox tiada hilang..
    langsung dah tak boleh buka web
    bagaimana nk buat pak nik
    nk hantarp kedai bajet x de
    tolong saya pak nik..

    • @nurul: wa alaikumus salam

      Minta rakan dowenload browser, salin ke thumbdrive dan gunakan untuk install pada laptop anda. Elakkan daripada menggunakan IE 😛

  22. salam pak nik . saya ada download adobe reader . dah siap install dah . tapi saya tak jumpa file adobe reader nya . kenapa yea . ?

    • @anis: wa alaikumus salam

      Pastikan adakah wujud folder Adobe dalam folder Program Files anda. Jika tiada mungkin adna perlu memasang semula Adobe Reader

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s