Bootable CD/DVD
Aplikasi Portable
Aplikasi Office
Kemaskini Fail (membuang fail-fail sementara seperti *.tmp, cache internet dan sebagainya )
Anti Virus ( Percuma )
Anti Spyware ( Percuma )
Perkakasan Anti Malware khusus
Defragmentasi ? 😀
Network
ada mso portable?
@saiful : Cuba lihat di sini.
aslmkm pak nik, saya sedang mencari aplikasi window outlook untuk backup calender n notes dari tel saye kekomputer tapi dah penat cari tak jumpa harap pak nik dapat tolong, terima kasih.
@Anuar: wassalamu alaikum
Biasanya jika anda telah memasang MS Office, telah tersedia Outlook bersama. Cuba anda buat carian terlebih dahulu dalam komputer anda. Jika tiada, mungkin anda perlu memasang semula MS Office.
Assalamualaikum paknik saya nak tanya.. ada tak microsoft words 2010?
tq=)
@wawa: wassalamu alaikum
Ada tapi mcm mana nak bagi kepada anda, sebab product key tak boleh kongsi nanti tak boleh update 😛
Assalamualaikum poknik 🙂 Nak tanya ni,boleh x bagi driver utk Laptops A42j series utk windows xp.Laptop kito jadi lembap xdop driver……………..Cd drive pulok hilang.
Hari tu saya htr dkt kedai baiki pc utk sedut file saya yg telah hilang.tapi tue kedai dio recover file hok tok guno2 pahtu dio tukar windows 7 home premuim 64 bit kepada windows xp.32
@Mat: wa alaikumus salam.
Adakah maksud anda laptop ASUS? Kalau betul sila lihat di sini untuk muatturun drivers!
salam pak nik….Saya ada laptop Acer Aspire 5740G sistem operasi windows 7 tetapi saya telah format dan ingin memasang windows xp. Masalah saya sekarang ssemua driver untuk xp tiada. Di mana saya boleh dpt drivernya
@Lesh: wa alaikumus salam.
Laptop anda memang dibuat khusus untuk WIndows 7! Pada laman Ace hanya terdapat driver untuk Windows 7 sahaja.
Anda boleh cuba membuat carian di DrivePack ataupun Anda membuat sendiri carian di internet untuk driver XP anda. Perkakasan laptop anda adalah seperti berikut:
Intel Chipset Driver, v.9.1.1.1020, 2009/12/16/Huawei 3G Module Driver, v.2.0.3.827, 2009/12/16/Intel SATA AHCI Driver, v.8.9.0.1023, 2009/12/16
Realtek Audio Driver, v.6.0.1.5969, 2009/12/16/Broadcom Bluetooth Driver, v.6.2.1.800, 2009/12/16/Alcor Card Reader Driver, v.1.0.12.50, 2009/12/16/Broadcom LAN Driver, v.12.2.2.2, 2009/12/16/LSI Modem Driver, v.2.2.98, 2009/12/16/Intel Other Drivers (iAMT), v.6.0.0.1179, 2009/12/16/ALPS Touchpad Driver, v.7.105.2015.1105, 2009/12/16/Synaptics Touchpad Driver, v.14.0.6.0, 2009/12/16
Intel Turbo Boost Driver, v.01.00.01.1002, 2009/12/16/ATI VGA Driver, v.8.672.3.0, 2009/12/16/Intel VGA Driver, v.8.15.10.1995, 2009/12/16
Atheros Wireless LAN Driver, v.8.0.0.225, 2009/12/16/Broadcom Wireless LAN Driver, v.5.60.18.8, 2009/12/16
Intel Wireless LAN Driver, v.13.0.0.107, 2009/12/16
hai sy nak tanye..knape sy laptop selalu keluar perkataan the program can’t start because program iertutil.dll is missing from your computer try reinstalling the program to fix this problem.bila sy buka mana-mana aplikasi.bagaimana untuk atasi masalah ini..
@bujal:
iertutil.dll adalah fail utiliti run time untuk Internet Explorer. Sekiranya fail berkenaan bermasalah, anda mungkin tidak dapat tekan Start Menu atau menjalankan Windows explorer! Jika ia bermasalah cuba reinstall Internet Explorer anda!
nak reinstall internet explorer.buat macam mana..tolong ajar cara caranya..
salam pak nik, kenapa komputer saya bila on jer dia asyik loading jer… tp buka safe mode boleh… bukak nomally tak boleh… jadi blank… knp yer?
@ermee: wa alaikumus salam.
Boot Windows anda menggunakan Safe Mode. Jalankan arahan msconfig pada Run! Pada tab Startup pilih Disable All dan reboot Windows dan buat pilihan Start Windows Normally. Jika anda berjaya masuk ke Desktop, maknanya ada startup item anda yang menghalang Windows untuk loading dengan betul. Untuk mengenal pasti punca masalah, anda perlu Enable semula pada tab Startup dalam msconfig satu persatu sehingga anda ketahui punca masalah.
pak nik nak reinstall internet explorer untuk windows 7 starter macam mana..
@abgsu:
Jika IE anda masih berfungsi, anda boleh cuba reset sahaja. Jalankan IE, kemudian pilih menu Tools-Internet Options. Pada tetingkap Internet Options pilih tab Advanced dan tekan butang Reset pada pilihan Reset Internet Explorer settings. Bila keluar pengesahan, klik reset sekali lagi.
Jika sudah tidak berfungsi, sila muatturun dan pasang semula. Anda bleh muatturun IE di sini.
paknik..nak tanye..windows xp dengan windows 7 yang mane lebih elok untuk digunakan..
@abewe:
Dari statistik penggunaan Windows terkini bagi Windows 7 dan Windows XP, didapati pengguna Windows 7 kini sebanyak 44.7%, lebih ramai daripada pengguna Windows XP yang kini hanya sebanyak 33.4%. Kalau dilihat daripada statistik ini, lebih ramai yang menggemari Windows 7. Lagipun Microsoft akan hanya menyediakan ‘support’ untuk Windows XP setakat April 2014 sahaja!
smekom pak nik..nak tanya kenapa di internet untuk netbook saye tak boleh tonton video di youtube atau dimana-mana video kat dalam internet..kat screen video.ade perkataan (missing plug-in).bagaimana untuk atasi masalah ini..masalah ni berlaku selepas saya scan komputer dengan (trojan remover) dan selalu terkeluar perkataan (the ordinal 685 could not be located in the dynamic lin library iertutill.dll) adakah saya patut format netbook saye.. trima kasih pak nik.
@rizal: wa alaikumus salam
iertutil.dll merujuk kepada Internet Explorer Real Time Utility. Cuba muatturun di sini, simpan dalam USB drive anda. Pasang USB drive anda dan boot kepada Safe Mode with Command Prompt. Jika drive USB dipastikan contohnya sebagai G: maka taip pada command prompt copy G:\iertutil.dll c:\WINDOWS\system. Restart Komputer anda.
smekom pak nik..boleh tak tolong terangkan langkah langkahnya..saya tak berapa faham lah..macam mana nak safe mode macam mana nak command prompt..macam mana pergi ke windows/system.boleh tak pak nik tolong.netbook saye windows 7 stater.pak nik tolong lah ajar satu per satu..saya baru je nak belajar menggunakan komputer..terima kasih..
@Rizal: wa alaikumus salam
Untuk masuk ke Safe Mode, semasa komputer anda dimulakan anda perlu tekan kekunci F8 dan pilihan menu akan muncul. Di situ anda boleh dapati pilihan menu Safe Mode with Command Prompt. Biasanya ia adalah skrin hitam dan terpapar pada skrin itu C:\
salam pak nik..pak nik boleh tolong tak masalah saya..
pak nik.kalau saya format netbook saya boleh tak saya gunakan lagi wifi wireless di rumah saya..dan windowns apa yang lebih elok untuk digunakan..yang tak lambat..
@muhaimin:
Kebanyakan Netbook kerap dipasang dengan Windows 7 Starter Edition. Jika anda ingin format Netbook anda, elok pasang semula Windows 7. Jika driver untuk WiFi anda sedia terpasang setelah memasang Windows 7, maka bolehlah anda terus menggunakan wireless connection!
pak nik..anti virus mana yang boleh buang terus virus dalam komputer kita..antivirus yang percuma.
@iwan:
Kita perlu faham bahawa yang palig penting selain daripada memasang anti virus ialah kerap mengemaskini corak virusnya. PakNik cadangkan anda cuba guna AVAST ataupun AVG.
salam..pak nik..windows 7 stater macam mana nak guna atau nak tukar gambar wallpaper..ke tak boleh.??
@nana: wa alaikumus salam
Windows 7 Starter memang tidak membolehkan pengguna mengubah wallpaper. Anda boleh muatturun perisian seperti Oceanis dan ubah wallpaper anda.
pakai ultimate la untuk lebih advance. starter terlalu basic sehingga hampir sama dgn winXP
smekom pak nik..kalau saya hantar netbook saye ke kedai untuk format..selepas siap..boleh kah saya menggunakan wifi wireless kat rumah saya..ke kita perlu masukkan code wifi setiap kali nak guna internet.??
@pizul: wa alaikumus salam
Jika anda sudah tetapkan katalaluan untuk wifi anda, anda biasanya cuma perlu masukkan sekali sahaja dengan syarat anda anda tick kotak untuk ingat katalaluan yang anda masukkan. Jika tidak setiap kali anda akses wifi anda perlu memasukkannya semula.
pak nik..anti virus apa yang berkesan untuk mengesan virus dalam Aplikasi bukan dalam Folder.sebelum kita nak install Aplikasi tersebut..
cuba Avast
Allo. Ada tutorial cara nk buka laptop asus a42j x? Plsss help.
@rob:
Cuba lihat laman ini.
smekom pak nik..kalau kita pakai windows 7 stater berbaloi tak..best tak windows 7 stater ni..
salam pok nik..nak tanye kenapa line wifi kat rumah saye tak boleh sambung..line internet ada tapi..tak menjadi kat netbook..ada tulisan (unidentfied network) pada line di netbook..macm mane ye pok nik..
@nazri: wa alaikumus salam
Cuba masukkan TCP/IP network card anda secara manual.
ape tcp/ip tu pak nik..dkat mane nak masukkan tcp/ip tu macam mana nak buat..boleh pak nik tolong.saye pakai windows 7 stater.
Salam Pak Nik.. sy dahcuba muat turun flashplayer utk netbook saya banyak kali tapi gagal. saya window 7ultimate.Harap dibantu. tq.
@Damith: wa alaikumus salam
Cuba muatturun dari sini!
pak nik..kenapa line wifi di rumah sye..line internet ada tapi tak masuk kat netbook..kenapa pak nik..sy tengok kat general wifi line sent ade tpi yang received (0)..kenapa pak nik..
@rizal:
Adakah anda boleh melayari internet menggunakan netbook tersebut?
Assalamualaikum paknik…..camaner nak cari driver tuk laptop asus A427 sy pakai window XP
@mohamad: wa alaikumus salam
Cuba muatturun di sini.
nak tanya…error apa
yang terdapat dalam ms excel 2010?
@minah:
Biasanya error dalam Excel ialah error yang dikenali sebagai railroad track kerana bentuknya macam trek keretapi 😀
Biasanya untuk error berkenaan anda cuba perlu luaskan column!
pak nik..kalau guna cable LAN boleh.tapi kalau smbung tanpa cable LAN tidak boleh..line ada kat netbook tapi tidak boleh sambung..ada tlisan (this computer currently has limited connectivity) apa masalah nye ye pak nik..harap pak nik..boleh bantu..
@rizal:
Cuba masukkan nilai IPv4 pada network card anda secara manual
assalamualaikum pak nik,
saya nak tanya macammana nak clean semua registry errors?
@faizal: wa alaikumus salam
Anda boleh guna CCleaner!
pak nik,registry errors sebenarnya berpunca dari apa?saya dah cuba download ccleaner tu tapi tak dapat kenapa yee…?
cuba awok rujuk sini http://www.omghackers.com/2012/08/bagaimana-untuk-delete-files-dari-temp.html
Assalam Pak Nik…
Kenapa PC saya tak boleh sambung internet?? icon internet kat PC dah menunjukkan dah ada sambungan… bila tukar PC atau laptop lain, sambungan internet ok jer… adakah PC saya kena format atau setting internet tak betul??
harap Pak Nik buleh bagi panduan deh!!!
Maaf zahir Batin Dan Selamat Berpuasa..
TQ
@nazir: wa alakumus salam & salam Ramadan
Kemungkinan juga hal ini berlaku kerana virus. Jika anda menggunakan Windows XP sila muatturun WinSockFix untuk cuba mengatasi masalah anda.
Timo kasih Pak Nik,
Nnt saya try..
konfius la…neetbook saya 32bit windows 7 ultimate…adakah windows niey punyai grafik kad?dan kenapa game selalu sangkut2…bagaimanakah atau cara yg dpt dilakukan untuk atasi masalah niey boss?
@Bard:
Setiap komputer mesti ada kad grafik untuk membolehkan ada paparan. Cuba anda pastikan terlebih dahulu adakah netbook anda memenuhi syarat minima keperluan game berkenaan.
salam.pak nik sya ada mslah ckit.sy ada netbook jenis acer.mslhnye license key windows 7 starter sy terkoyak.2 huruf@abjad dr blakang license key xada.mcamana ye nk dpt blik.2huruf@abjad je tu.ada x software len tuk nk dptkan blik kite py license key.ni tpaksa guna yg pirate py.cam ne ye
@liza: wa alaikumus salam
Anda boleh guna ProduKey untuk dapatkan semula product key anda.
saya nak tanya kenapa laptop saya tak bole download apa2 pon..vdeo..gmbr suma xbole..benda ne tiba2 je jadi..bole tlg x?
@aien:
Imbas laptop anda untuk virus terlebih dahulu.
da bt mm internet download manager da xda kt lptop cmna nk download idm free?
Salam,pakniL mcm mn nk reset paswword laptop….terlupa daaa…hehee
w7 ultimate..t.q
@ali: wa alaikumus salam
Anda boleh muatturun NT Offline password dan gunakan untuk reset password anda
Assalamualaikum..Pak Nik,Mcmmna nak install arabic font di windows xp tanpa Cd Master?Adakah boleh muaturun/guna windows Xp Fire 2011 untuk menginstall?
salam..pk nik,kalau hantar kedai untuk format netbook,brape lame boleh siap ,anggran pk nik..
paling cepat setengah jam,
paling lama pun 2jam..
salam PakNik .macam mana nak active genuine key windows 7 kat netbook Natsys ni.
salam.. saya nyer laptop asus a427j.. mmg xboleh pakai window xp ke?? autocad den xleh support window 8. sekali den format baru tau laptop tu hnya bule pakai window 7 ke ataih.. camne??
@aliff: wassalamu alaikum
Setakat yang PakNik tahu, AutoCad 2014 serasi dengan Windows 8.
salam pak nik. saya tukar dari windows 7 ke windows 8. problemnya bluetooth saya dah tak boleh guna lg slpas sy tukar windows ni. boleh paknik bgtahu tak ap puncanya. saya pakai toshiba satellite l745. 😦
@azwaka: wa alaikumus salam
Cuba muatturun di sini
assalamualaikum… saya tukar dari window 7 ke window 7 ultimate…slpas tukar bluetooth laptop saya xberfungsi.. boleh x Pak Nik tolong selesaikan masalah saya… saya pakai toshiba satellite c640…
@Kina: wa alaikumus salam
Cuba remove dahulu driver untuk bluetooth, restart komputer anda dan install semula driver berkenaan jika Windows tidak reinstall secara otomatik
salam pak nik
kenapa notebook acer saya internet explore
google..firefox tiada hilang..
langsung dah tak boleh buka web
bagaimana nk buat pak nik
nk hantarp kedai bajet x de
tolong saya pak nik..
@nurul: wa alaikumus salam
Minta rakan dowenload browser, salin ke thumbdrive dan gunakan untuk install pada laptop anda. Elakkan daripada menggunakan IE 😛
salam pak nik . saya ada download adobe reader . dah siap install dah . tapi saya tak jumpa file adobe reader nya . kenapa yea . ?
@anis: wa alaikumus salam
Pastikan adakah wujud folder Adobe dalam folder Program Files anda. Jika tiada mungkin adna perlu memasang semula Adobe Reader